The 4th h0kAge.......

About Me

My photo
i think the longer i wait, i can get her with sucsess, but my journey end here, what a pain life, maybe it's not my faith, to having fun with her, maybe friends is good, than love someone just a while

Monday 9 May 2011

C00L BL0G 0LEH TELEKOM MALAYSIA (TM)


Telekom Malaysia(tm) telah menganjurkan satu kursus dan pertandingan membuat blog iaitu (COOL BLOG).peserta yang boleh menyertai kursus dan pertandingan ini ialah pelajar sekolah menengah,pelajar IPT dan badan organisasi seperti kerajaan,swasta dan NGO
Sekolah kami,S.M.AGAMA  AL-FALAH,KEMAMAN,TERENGGANU telah menghantar 5 orang pelajar untuk menyertai kursus dan pertandingan tersebut.Peserta kami terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan.Kursus dan pertandingan ini diadakan di dewan serbaguna,mesramall,kemasek,kemaman.
Kursus yang dianjurkan oleh Telekom Malaysia(tm) ini,bertujuan untuk melahirkan penulis blog yang berhemah dan beretika ketika (posting) diblog persendirian atau umum.ia juga bertujuan untuk mengelakkan  penyalahgunaan blog.
Jika setiap peserta mempunyai blog masing-masing segala-galanya pasti menjadi senang,kita boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dengan saudara kita,kawan-kawan kite dan ahli keluarga.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PMR & SPM



Majlis Anugerah Kecemerlangan telah diadakan di sekolah kami pada 16 April 2011 bertujuan untuk meraikan para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam iaitu PMR dan SPM 2010. Majlis itu telah dirasmikan oleh Tuan Haji Aziz bin Muda selaku pengetua sekolah. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Terengganu iaitu Y.A.B Dato’ Ahmad bin Said dan kehadiran Y.B Dato’ Awang Tera selaku pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Ramai ibu bapa pelajar yang dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut. Anak - anak mereka juga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri majlis yang disertai oleh Menteri Besar kita. Pada mulanya, kami menyanyikan lagu kebangsaan iaitu ‘Negaraku’. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan alunan ayat al Quran oleh seorang ustaz Arab sekolah kami iaitu Ustaz Ahmed Elwan.
Seterusnya, Tuan Pengetua dijemput untuk memberikan sepatah dua kata dan merasmikan majlis tersebut. Y.B Dato’ Awang Tera selaku pengerusi PIBG juga menyampaikan ucapannya dengan begitu sempurna. Seterusnya, majlis telah menjemput Y.A.B Dato’ Ahmad bin Said untuk berucap.

Selepas itu, majlis penyampaian hadiah kepada para pelajar yang cemerlang dalam PMR dan SPM 2010 telah disempurnakan. Y.A.B Dato’ Ahmad bin Said dsekali lagi dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar. Setelah itu, majlis ditutup dengan alunan Asmaul Husna.
Semua ibu bapa dan guru dijemput untuk makan tengahari bersama Menteri Besar. Kami berasa amat bersyukur kerana telah dapat menyempurnakan majlis itu dengan sempurnanya. Kami juga berasa bangga kerana Menteri Besar kita iaitu Y.A.B Dato’ Ahmad bin Said sudi meluangkan masa bersama kami untuk kali kedua dalam tempoh 5 tahun ini.

remaja dan...........CABARAN!!!!!!!!!!



Pada hari ini,remaja semakin dikenali dengan gejala sosial yang semakin teruk....Hal ini demikian,disebabkan pengaruh rakan sebaya yang kurang pegangan agama....Contoh,perkara teruk yang dilakukan adalah merokok,merempit,melepak di shopping kompleks dan membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.


Oleh itu,pengawasan ibu bapa perlu diutamakan kerana 'BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUEHNYA'....Jika tiada pengawasan maka perkara yang buruk akan berlaku.....Ibu bapa merupakan Suri Teladankepada anak-anak.....Ibu bapa juga perlu tegas dari anak-anak kecil agar tidak menconteng arang di muka...Selain itu,ibu bapa hendaklah 'MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA' kerana ibu bapa mencorakkan diri anak-anak.....

FESTIVAL NASYID PERINGKAT DAERAH KEMAMAN 2011

Baru – baru ini sekolah kami telah diadakan satu festival iaitu FESTIVAL NASYID SEKOLAH MENENGAH DAERAH KEMAMAN 2011 pada 20hb April 2011. Tema festival ini ialah ‘Akhlak Mulia Sahsiah Terpuji’. Sebanyak 7 buah sekolah di daerah Kemaman yang terlibat dalam festival tersebut.

Sekolah - sekolah yang terlibat dalam festival ini seperti SMA Al Falah, SM Chukai (Premier), SMK Mak Lagam (Elit), SMK Sultan Ismail 1, SMK Sultan Ismail 2, SMK Bukit Mentok dan SMK Seri Geliga. Festival itu bermula pada jam 10.30 pagi dan diadakan di Dewan Besar SMA Al Falah.
Alhamdulillah, akhirnya majlis itu telah tamat dengan sempurna tanpa sebarang gangguan atau masalah yang wujud. Tempat pertama dalam festival nasyid itu dimenangi oleh SMK Mak Lagam (Elit) seterusnya diikuti oleh SMK Seri Geliga, SM Chukai (Premier), SMA Al –Falah, SMK Sultan Ismail 2, SMK Bukit Mentok dan SMK Sultan Ismail 1.

Walaupun sekolah kami tidak mendapat tempat Top 3, kami rasa amat bersyukur dan bangga kerana inilah festival nasyid yang julung kali diadakan di daerah ini. Kami juga rasa gembira kerana dapat berkenalan dengan kawan baru di festival itu.